Friday, May 24, 2013

Bubur Jagung dan Air Bandung Soda


Bahan-bahannya:

2 tin jagung
1 tin jagung cream
2 liter air
1 ketul gula merah
1 kg santan
1 cawan sagu putih
5 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn air)
Garam cukup rasa
2 helai daun pandan
Pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara membuatnya:


  1. Masak air hingga didih kemudian masukkan gula merah, semua jagung tin.  Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan santan, daun pandan dan sagu.  Kacau hingga sagu menjadi jernih.
  3. Akhir sekali masukkan tepung kastard, pewarna kuning dan garam.  Masak hingga mendidih.
Sedap di makan panas-panas bersama roti.





Bahan-bahannya:

Sirap + 5 sudu gula (larutkan dengan secawan air)
500ml air soda
1 tin susu cair
Ais


Cara-caranya:


  1. Campurkan sirap, ais dan air soda.  Masukkan kedalam peti sejuk.  Biarkan sehingga betul-betul sejuk (jika tidak sejuk, air bandung akan nampak seperti susu basi bila campur dengan susu cair)
  2. Kemudian campurkan susu cair sambil kacau rata.
  3. Sedia di hidang.


No comments:

Post a Comment